
Hakim Akhtar Tahir turut mengarahkan Lim untuk membayar kos RM250,000 kepada Lai dan syarikatnya.
Ketika dihubungi, peguam Lim, Guok Ngek Seong mengesahkan keputusan itu yang dibuat dalam prosiding dalam talian hari ini.
Lai dan Monspace memfailkan saman sivil terhadap Lim pada 2019 berhubung dakwaannya yang syarikat itu terlibat dalam skim pelaburan yang gagal memberi pulangan kepada pelabur seperti dijanjikan.
Guok berkata mahkamah hari ini memutuskan defendan sepatutnya memberi ruang untuk siasatan dijalankan selepas membangkitkan isu tersebut.
Menurutnya, mahkamah berkata Lim melangkaui tugasnya sebagai ahli parlimen dengan membuat tuduhan terhadap plaintif dan sebagai ahli parlimen, dia bertanggungjawab untuk mengesahkan maklumat yang diterima terlebih dahulu.
Katanya lagi, Lim tidak sepatutnya pergi bersama-sama 19 warga China (yang didakwa menjadi mangsa skim) ke pejabat plaintif.
Katanya lagi, mahkamah juga mengarahkan Lim untuk membayar ganti rugi teruk berjumlah RM500,000 kepada Lai dan Monspace, serta RM250,000 untuk kos kepada kedua-dua plaintif.
Ketika dihubungi, Lim berkata, "saya tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah dan telah mengarahkan peguam untuk memfailkan rayuan (di Mahkamah Rayuan)".
No comments
Post a Comment