NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mengapa pemilik kelab enggan ikut saranan TMJ gunakan rumput lebih baik untuk kebaikan bola sepak negara?



Baru-baru ini kecoh mengenai tawaran peruntukan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kepada semua kerajaan negeri bagi menaik taraf padang bola sepak dengan penanaman rumput jenis Zeon Zoysia di padang yang terpilih.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, perkara itu dibuat ketika mesyuarat pertama KBS bersama EXCO setiap negeri yang diadakan pada Januari lalu.

Namun semalam, Hannah mendedahkan bahawa idea untuk memberi peruntukan itu sebenarnya datang daripada pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menurut TMJ, baginda sebelum ini pernah mencadangkan kepada seorang pemilik kelab untuk menukar rumput di padang yang sedang digunakan kelabnya sementara menunggu padang baharu siap tetapi pemilik itu menjawab bahawa pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) harus membantu.

Baginda mempersoalkan sifat tidak bertanggungjawab pemilik kelab di Malaysia yang tidak mengendahkan untuk meningkatkan kualiti rumput yang tidak sampai sejuta sedangkan mampu berbelanja puluhan juta setiap tahun.

Persoalannya, mengapakah pemilik kelab atau pengurusan kelab enggan menerima cadangan yang baik ini dalam meningkatkan lagi kualiti pasukan mereka?

Dalam bola sepak, sudah pastinya kualiti padang yang baik dapat memberi kesan yang besar kepada tahap permainan pasukan, seterusnya mampu menjadikan sesebuah pasukan lebih baik.

Ramai juga yang menjadikan kos penyelenggaraan yang lebih mahal menjadi punca kelab tidak mahu menukar rumput kepada jenis yang lebih baik daripada cowgrass.

Kos penyelenggaraan sepatutnya tidak menjadi alasan kerana ia adalah perkara biasa dalam memastikan pada sentiasa berada dalam keadaan yang baik, seperti juga kenderaan dan rumah yang turut mempunyai kos penyelenggaraan tersendiri.

Sekiranya benar pemilik serta pengurusan kelab-kelab di negara ini mahu menaikkan tahap Liga Malaysia, mereka pastinya menjadikan kondisi padang sebagai satu keutamaan buat pasukan.

Ini juga penting supaya saingan Liga Malaysia tidak dijadikan ‘bahan ketawa’ oleh negara luar apabila melihat keadaan padansg yang buruk, terutamanya ketika waktu hujan.

Sepatutnya, idea yang dikemukakan oleh TMJ serta inisiatif yang dijalankan oleh pihak KBS itu disambut baik oleh semua pihak, termasuk pihak kelab dan kerajaan negeri, supaya semua padang di negara ini berkelas dunia, sebaris dengan padang-padang di negara-negara besar.

Mungkin pihak kelab boleh bekerjasama dengan pengurusan stadium masing-masing untuk berbincang mengenai pembahagian penyelenggaraan supaya situasi menang-menang wujud untuk kedua-dua pihak. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Jika pemilik serta pengurusan kelab dan juga stadium masih berkeras kepala untuk meningkatkan kualiti padang masing-masing, sampai bila-bila tahap Liga Malaysia sukar untuk maju.


Sumber | Harimau Malaya




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo