
PETALING JAYA: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu bersedia menerima menerima dividen jauh lebih rendah daripada tahun lalu, iaitu 6.1% untuk akaun konvensional dan 5.65% bagi simpanan syariah.
Menurut sumber, dividen untuk simpanan konvensional dijangka antara 4.8% dan 5.1%, manakala syariah mungkin antara 4% hingga 4.5%.
KWSP dijangka membuat pengumuman itu pada Jumaat, melainkan terdapat perubahan saat akhir.
“Tetapi, kadar itu tentunya lebih baik daripada faedah simpanan tetap di bank komersial. Dalam keadaan itu, ia boleh diterima, khasnya mereka yang mempunyai simpanan banyak dalam akaun mereka,” katanya kepada FMT.
No comments
Post a Comment