NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Draf Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia sedang diteliti



KUALA LUMPUR - Draf Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia yang sedang dikemas kini akan dibincangkan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersama Jawatankuasa Kerja Sementara dalam masa terdekat.

Kementerian terbabit menerusi jawapan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Isnin memaklumkan, KKD telah mengadakan mesyuarat bersama jawatankuasa berkenaan pada 1 Mac lepas bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kandungan draf rang undang-undang daripada jawatankuasa itu supaya lebih spesifik dan boleh diukur.

"Penubuhan Majlis Media Malaysia dan rang undang-undang yang dicadangkan hendaklah mengambil kira peruntukan undang-undang Persekutuan serta undang-undang negeri sedia ada berkaitan dengan media.

"Peranan dan fungsinya juga perlu jelas bagi memastikan tiada pertindihan skop undang-undang penubuhan Majlis Media Malaysia dengan peruntukan undang-undang serta kawal selia sedia ada oleh pihak kerajaan," menurut jawapan itu.

Kementerian itu memaklumkan demikian bagi menjawab soalan Tan Kok Wai (PH-Cheras) yang ingin tahu perkembangan cadangan penubuhan Majlis Media Malaysia dan perkembangan penggubalan rang undang-undang bagi penubuhan majlis itu. - Bernama


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo