NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekas isteri Raja Bahrin, Noryn Aziz kemuka rayuan sabitan nusyuz

Raja Bahrin selepas keluar dari kamar Mahkamah Rayuan Syariah, di Kuala Terengganu pada Ahad.


KUALA TERENGGANU - Penyanyi Noryn Aziz memfailkan permohonan kebenaran mengemukakan rayuan bagi menggugurkan sabitan nusyuz terhadap bekas suaminya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah di Mahkamah Rayuan Syariah, di sini pada Ahad.

Permohonan itu didengar Panel Hakim Syarie yang diketuai Datuk Wan Mohd Zakri Mohd sebelum memutuskan kedua-dua pihak melakukan rundingan di luar mahkamah.

Noryn atau nama sebenarnya Norazmahwati Abd Aziz, 47, dan Raja Kamarul Bahrin, 68, telah diberi masa untuk bersepakat sebelum memaklumkannya kepada Mahkamah Rayuan Syariah.

Difahamkan, Mahkamah Rendah Syariah di sini telah membenarkan sabitan nusyuz yang difailkan Raja Kamarul Bahrin terhadap bekas isterinya itu kira-kira lima tahun lalu.

Pada prosiding hari ini, Raja Kamarul Bahrin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu diwakili peguam syarie, Zulkifli Yong manakala Noryn diwakili peguam syarie, Datuk Seri Amli Embong.

Sebelum ini, Raja Kamarul Bahrin Shah telah memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Noryn pada Julai 2018 sebelum sabitan itu dijatuhkan oleh Mahkamah Rendah Syarie, di sini.

Noryn mengahwini Raja Kamarul Bahrin pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Raja Bariq Umar Shah, 9, sebelum keduaya berpisah pada hujung 2018.


Sumber | Sinar Harian




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo