NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wan Saiful akan didakwa SPRM, tiada pertuduhan dimaklumkan kepada peguam dan ahli keluarga.

21 Feb 2023 (Selasa), 9.00 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, YB  Wan Saiful Wan Jan , ahli parlimen Tasek Gelugor akan didakwa SPRM sehingga kini pertuduhan tidak dimaklumkan kepada peguam dan ahli keluarga. 

Kami menanti pertuduhan dan bukti serta saksi yang bakal ditampilkan. Pendirian jelas semua yang bersalah dan terkait korupsi wajib didakwa dan dihukum. 

Namun setakat hari ini jelas ini adalah pendakwaan jahat dalam kesungguhan Anwar Ibrahim menghentikan gelombang sokongan rakyat. Mula dengan fitnah dana judi sebelum fitnah RM600b beralih ke RM90 billion lebih dan kemudian beberapa kali berkurangan hingga RM300 juta. Gagal membuktikan minggu lepas Anwar beralih lagi kepada kononnya ketika kerajaan lepas Muhyiddin guna banyak budget selenggara kereta. 

Bukan rahsia pihak Anwar sedang menekan SPRM untuk dakwa juga Muhyiddin Yassin namun sehingga hari ini Peguam Negara tidak mahu ikut arahan kerana tidak ada 'link' TSMY dengan korupsi. Pertamanya TSMY tidak jumpa pun mana mana kontraktor mahupun penyumbang dana politik kepada PN. Kedua TSMY tidak ada kuasa dalam meluluskan apa juga projek semua punca kuasa dalam procurement MOF berdasarkan Financial regulatory Act 1957 adalah kuasa Menteri kewangan.

Namun melihat gabungan HArapan NATipnal (HANAT) nyawa nyawa ikan dalam berdepan PRN di 6 negeri maka Anwar perlukan pendakwaan untuk mengalih isu kegagalan regim HANAT.

Bagi BERSATU tidak apa yang hendak disembunyi malah BERSATU sendiri membuat siaran umum audit penuh akaun untuk maklumat umum. Ini berbeza dengan parti lain yang berbelanja mewah dengan helikopter, jet dan lain lain tetapi tidak melaporkan perbelanjaan. Jauh sekali melaporkan sumbangan politik.

Kes yang jauh lebih besar seperti kes LCS tidak didakwa dan kes  membabitkan TPM dan kluster mahkamah dlm UMNO dilengah lengahkan.

Sekadar mengingatkan, Mahkamah telah membebaskan dan tidak ada rayuan dari SPRM (Peguam Negara) apabila Tengku Adnan diakui menerima Rm2 juta dari pemaju hartanah di Kuala Lumpur walaupun dia menkadi Menteri Wilayah hanya kerana alasan dana politik walaupun tidak dimasukkan ke akaun parti.

Zahid jelas ada kuasa dalam kes Visa China dan menerima puluhan juta dana dari syarikat terbabit. Duit masuk secara tunai dan ke Yayasan yang Zahid terajui yang kemudian salah guna duit yayasan termasuk bayar kridit kan dan bayar koleksi kenderaan mewahnya. 

Apa pun kepada Azam baki kami tahu kamu sedang diugut Anwar dalam kes kes kamu seperti kes beli saham dan milikan harta yang melampau. Kamu juga kena ingat kes di NS juga....

Anwar dan Zahid terlalu sibuk dengan siri tindakan ‘witch hunting’ kerana ‘political vengeance/vendetta’  terhadap musuh-musuh politiknya sehingga negara gagal diururs tadbir.. ekonomi makin terus, harga barang bukan sahaka naik malah barang keperluan susah didapati dipasaran

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo