NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mula tuduh dana judi, kemudian RM600b, vaksin. Inikah level PMX?


Seorang Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mempersoal ‘level’ Perdana Menteri kesepuluh (PMX) apabila terus membuat tuduhan sewenang-wenangnya bertujuan memburuk-burukkan imej Perikatan Nasional (PN).

Dr Mohd Mazri Yahya berkata skrip sama seperti ‘bayangkan PN dapat dana judi’, ‘Muhyiddin seleweng RM600 bilion’ dan ‘perolehan vaksin Covid-19 tidak mengikut peraturan’, bagaimanapun gagal dibuktikan.

“Inikah level Perdana Menteri ke-10? Ada baiknya Perdana Menteri ke-10 beri fokus untuk bantu rakyat, fikirkan solusi bagi masalah negara bukan buat kerja bina persepsi begini. Memalukan,” katanya menerusi kritikan yang disiarkan dalam lidah rasmi PAS, Harakah.

Beliau berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa perolehan vaksin Covid-19 ditandatangani tanpa kelulusan Peguam Negara dan berlaku penyelewengan serta rasuah.Itu, katanya adalah dakwaan Anwar namun bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah menafikan tuduhan Perdana Menteri itu.

“Beliau (Khairy) menegaskan yang semua proses perolehan termasuk terma undang-undang telah diteliti oleh Jabatan Peguam Negara dan telah disiasat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

“Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah juga senada dengan Khairy Jamaluddin.

“Katanya (Dr Noor Hisham), “ada (laporan setebal) 521 muka surat dan Pengerusi PAC pun telah membuat pengumuman dan sebagainya. Jadi, siasatan dan sebagainya telahpun dibentangkan kepada PAC.”

Dr Mohd Mazri menjelaskan untuk makluman, PAC pada 1 Disember 2021 telah mengesahkan bahawa urusan perolehan vaksin dilaksanakan secara teratur dan mengikut tatacara kewangan.

Pengerusi PAC ketika itu adalah Ahli Parlimen DAP, Wong Kah Woh, bukan pemimpin Bersatu atau PAS, katanya.

“Wakil tetap Jabatan Peguam Negara dan Nurul Izzah (anak Anwar) pun ada sebagai anggota PAC.

“Laporan setebal 521 muka surat telah dibuat. Keputusan peroleh vaksin itu juga telah dibawa ke Jemaah Menteri sebelum ini untuk kelulusan. semua mengikut prosedur. Apa yang Anwar nak cuba nafikan?”

Dr Mohd Mazri berkata Anwar kemudian berkata, “My statement was given based on what was furnished to me by the Health Ministry and Cabinet. Then let the investigation body investigate wherever it is true or not”.

Sumber : Agendadaily 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo