NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Twitter alami masalah capaian

Twitter mengalami masalah untuk diakses sejak sekitar 6 pagi tadi waktu Malaysia. Sekiranya ciapan ingin dihantar menggunakan Twitter web dan Tweetdeck, pengguna akan menerima notifikasi mengatakan mereka telah mencapai had ciapan maksimum harian.

Susur masa pagi ini hanya memaparkan ciapan dari akaun dari Amerika Syarikat dan syarikat yang menerima calit Verified sahaja. Sesetengah pengguna ada melaporkan ciapan yang dihantar hanya muncul selepas beberapa minit. Berdasarkan pengalaman peribadi, ciapan yang dihantar menerusi aplikasi telefon pintar dihantar tetapi tidak muncul pada susu masa. Gangguan tidak sekadar terhad kepada menghantar ciapan peribadi malahan retweet juga tidak boleh dilakukan.

Pada waktu ini Twitter masih belum mengeluarkan kenyataan sama ada mereka menyedari masalah ini berlaku ataupun sebab mengapa gangguan ini berlaku. Tetapi kami menyedari isu muncul sejurus selepas Twitter mengumumkan sokongan menghantar ciapan dengan 4000 aksara dua jam yang lalu.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo