NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tun M bingung kerajaan rahsiakan syarat selesai saman Apandi

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan merahsiakan terma dan syarat brhubung penyelesaian saman sivil yang dikemukakan terhadapnya oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Menerusi Twitter, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu menyatakan  bingung dengan keputusan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman.

“Saya keliru dengan keputusan Azalina untuk merahsiakan penyelesaian tuntutan Apandi berhubung pampasan bagi pemecatan beliau.

“Mohamed Apandi yang merupakan bekas Peguam Negara bagi kerajaan Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat tuntutan beliau  secara terbuka, malah beliau mengumumkan jumlah itu sebanyak RM2,233,599.36.

“Namun pampasan yang dibuat oleh kerajaan adalah rahsia. Kenapa? Saya mempunyai sebab untuk mengetahui sebabnya kerana saya tidak fikir Apandi layak mendapat pampasan itu sama sekali,” kata Dr. Mahathir

Pada Rabu lalu, Azalina menerusi jawapan bertulis menjelaskan Mohamed Apandi dan Jabatan Peguam Negara telah bersetuju untuk tidak mendedahkan syarat penyelesaian itu.

Katanya, keputusan itu diklasifikasikan sebagai rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Terdahulu, M. Kula Segaran (PH-Ipoh Barat) telah minta Perdana Menteri mendedahkan jumlah pampasan dibayar kerajaan kepada Mohamed Apandi selaras penyelesaian di luar mahkamah.- UTUSAN


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo