Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam hadir di mahkamah bagi mendengar kes rayuannya di Mahkamah Rayuan Putrajaya. - Foto fail NSTP
Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam hadir di mahkamah bagi mendengar kes rayuannya di Mahkamah Rayuan Putrajaya. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Selepas tiga tahun dipecat daripada UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, kembali menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu. 

Perkembangan itu susulan mesyuarat MKT UMNO malam tadi bersetuju membatalkan pemecatan Lokman sebelum ini.

"Alhamdulillah, baru terima panggilan daripada Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan bahawa MKT UMNO malam ini (tadi) sudah membatalkan pemecatan saya.

"Kini saya kembali sebagai ahli MKT," katanya melalui hantaran di Facebook, malam tadi.

Sebelum ini, Lokman yang dilihat lantang bersuara dan disiasat atas dakwaan melanggar disiplin parti dilaporkan dipecat daripada UMNO pada 7 Februari 2020.

Pada masa sama, Lokman berkata, sebagai ahli MKT yang menang bertanding, beliau mendapat kembali haknya di dalam parti dan layak bertanding pada pemilihan akan datang.

"Dengan pembatalan ini, hak saya untuk bertanding dalam pemilihan kali ini sudah dikembalikan," katanya.