NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selepas PN, Ismail Sabri pula gesa kerajaan pertimbang pengeluaran KWSP

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta kerajaan supaya mempertimbangkan permohonan rakyat yang memerlukan pengeluaran sejumlah wang Kumpulan Wang Simpanan pekerja (KWSP) secara bersasar untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Jelas beliau, baru-baru ini beliau bertemu dengan wakil Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin Malaysia (PWRN) yang memaklumkan situasi di mana ramai pekerja berada dalam keadaan terdesak untuk meneruskan hidup.

Menurut Ahli Parlimen Bera itu, terdapat segelintir pihak yang baru mendapat pekerjaan, tetapi masih bertatih untuk hidup ada juga yang masih menganggur, tetapi mempunyai simpanan KWSP.

“Malah, ada juga dalam kalangan mereka yang menjadi muflis kerana tidak mampu untuk bayar hutang, meskipun wang simpanan KWSP bertujuan untuk digunakan pada hari tua, namun ianya tidak bermakna apabila memasuki hari tua dalam keadaan yang muflis.

“Keperluannya yang mendesak adalah hari ini, bukan apabila sampai tempoh hari tua,” katanya dalam Ucapan Titah Diraja di Dewan Rakyat vhari ini.

Atas sebab itu, katanya, beliau bersama-sama PWRN dan rakan-rakan ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) seperti Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) untuk meminta kerajaan pertimbangkan permohonan tersebut.

“Pengeluaran bersasar tersebut jika dibenarkan, syarat-syaratnya boleh ditentukan sendiri oleh kerajaan.

“Peruntukan daripada pengeluaran wang pencarum KWSP berdasarkan empat kali pengeluaran sejak pandemik Covid-19 melibatkan jumlah yang kecil berbanding jumlah keseluruhan aset badan itu,” tambah beliau. – KOSMO! ONLINE


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo