NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sejak bila syarikat rokok elektronik dibenarkan taja pasukan bola sepak?



Semalam kelab bola sepak BRM FC telah melancarkan jersi terbaru mereka untuk saingan Liga M3 musim ini yang diadakan dalam satu majlis yang cukup meriah dengan banyak aktiviti yang berlangsung sepanjang hari pelancaran.

Lebih menarik lagi apabila Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia (KBS), Adam Adli Abdul Halim turut hadir untuk melancarkan jersi di samping mengadakan perlawanan persahabatan diantara BRM dan SuperLawak FC yang dibarisi artis terkenal seperti Jep Sepahtu dan Rahim Sepahtu.

Namun, terdapat sesuatu yang menarik perhatian peminat  pada jersi baru BRM adalah logo salah satu penaja utama iaitu Aladdin Pro.

Bagi mereka yang tidak tahu, syarikat Aladdin Pro adalah sebuah syarikat rokok elektronik yang terkenal di Malaysia.

Ramai peminat mempersoal tindakan kelab tersebut menerima tajaan dari syarikat rokok elektronik tersebut kerana semua sedia maklum bahawa kerajaan telah mengharamkan perkara tersebut sejak 2004.



Ini kerana pihak kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian Kovensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau (FCTC) termasuk telah mewujudkan undang-undang domestik iaitu Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) pindaan 2004 yang berkuatkuasa 14 Ogos 2004.

Persoalannya, adakah pihak BRM sedar atau tidak akan undang-undang ini sebelum bersetuju untuk menerima tajaan dari Aladdin Pro atau sebaliknya.

Terdahulu, Selangor FC turut melakukan perkara sama apabila mereka mempromosikan produk rokok elektronik di media social mereka dan ini telah mencetuskan kritikan ramai peminat.

Peminat mendesak Selangor menamatkan penajaan mereka bersama produk rokok elektronik kerana tidak sesuai dan membahayakan kesihatan di samping permainan bola sepak dikenali sebagai sukan yang menyihatkan badan.

Susulan itu, pengurusan Gergasi Merah mengambil keputusan untuk menamatkan kerjasama dengan produk rokok elektronik.

Usaha yang dilakukan oleh BRM dalam mencari dana tambahan melalui penajaan dari syarikat merupakan usaha yang baik, namun mereka perlu lebih peka dalam pemilihan penaja supaya tidak melanggar sebarang peraturan atau mencetuskan kontroversi.

Diharap pihak pengurusan BRM dapat tampil untuk membuat penjelasan mengenai perkara ini.


Sumber I Harimau Malaya




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo