NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ribuan hadir ceramah UAI di Kuala Lumpur


PETALING JAYA – ‘Bukan Selangor lah, Kuala Lumpur,’

Demikian respon bersahaja pendakwah dan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus ketika mengadakan ceramah di Masjid Al- Mubarakah, Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur, malam tadi.

Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI, menghadiri ceramah tersebut setelah Kuliah Maghrib Perdana yang dijadualkan berlangsung di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong esok, dibatalkan.

UAI juga terkejut melihat beribu-ribu orang datang memenuhi masjid tersebut dan bertanya mereka datang dari mana sebelum orang ramai menyahut ‘dari Selangor’.

“Jadi untuk kuliah bulanan Kuala Lumpur ini, bukan Selangor lah, Kuala Lumpur. Untuk makluman kita dah habis kitab Anak Kunci Syurga setelah 10 tahun kita mengaji.

“Ramainya orang, datang dari mana ni beribu-ribu orang…dari Selangor? Allahurabbi, mu jangan cari pasal,” katanya.

Kuliah tersebut turut dihadiri oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin dan Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Ridzuan Khalid.

Kelmarin, menerusi Facebook UAI memaklumkan, pembatalan kuliah tersebut adalah atas faktor tidak mendapat kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Selangor untuk dilaksanakan.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata, pembatalan kuliah maghrib di Bukit Jelutong tersebut disebabkan penceramah itu tidak mempunyai tauliah mengajar tentang agama Islam di Selangor. – K

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo