NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penangan Hajiji ? Lagi ADUN Warisan keluar parti

KOTA KINABALU: Belum sampai sebulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Warisan (Warisan) bertindak keluar parti, hari ini, seorang lagi ADUN parti itu melakukan perkara sama.

ADUN Petagas yang juga Bendahari Agung Warisan, Datuk Awang Ahmad Sah Sahari menjadi ADUN Warisan ke-10 mengumumkan keluar Warisan sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020.

Ahmad Sah berkata, keputusannya keluar parti turut disertai oleh hampir keseluruhan Ahli Jawatankuasa Bahagian dan lebih 80 cawangan Warisan Putatan.

Beliau berkata, kesemua mereka memutuskan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang diterajui oleh Datuk Seri Hajiji Noor.

“Dengan keputusan ini, Bahagian Warisan Putatan telah lumpuh dan kita serahkan kepada pimpinan parti Warisan untuk menguruskan bahagian itu.

“Lebih kurang tiga bulan fikirkan perkara ini selepas pilihan raya umum yang lalu sebelum saya buat keputusan keluar parti. Setelah mengambil kira perasaan dan pendapat rakyat, saya memutuskan keluar parti dengan kerelaan sendiri.

“Saya telah berjumpa Ketua Menteri sebanyak dua kali termasuk pada Jumaat lalu. Saya bersetuju dengan apa yang dirancang untuk pembangunan Sabah dan beliau (Hajiji) memohon agar saya dalam pimpinan DUN Petagas dan Tanjung Aru untuk bekerjasama dengan siapa sahaja ahli Gagasan Rakyat,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Menurutnya, beliau tidak mahu buat tuduhan yang tidak baik atau memburukkan mana-mana pihak kerana beliau mahu memberi fokus untuk membantu rakyat di kawasan DUN Petagas.

Malah, beliau juga bersedia dikenakan tindakan undang-undang oleh pimpinan Warisan kerana sebelum PRN, kesemua calon Warisan telah menandatangani surat akuan bersumpah (SD).

Dengan pengumuman itu, Warisan yang memenangi 23 kerusi DUN semasa PRN Sabah 2020 kini hanya tinggal 15 kerusi.

Sebelum ini, sembilan ADUN Warisan telah bertindak keluar parti termasuk tiga ADUN yang keluar pada 6 Februari lalu dan kini telah menyertai Gagasan Rakyat iaitu Norazlinah Arif (Kunak), Mohammad Mohamarin (Banggi) dan Ben Chong Chen Bin (Tanjong Kapor).

Enam ADUN Warisan yang keluar lebih awal dan telah menyertai parti lain ialah Datuk Hassan A. Gani Pg Amir (Sebatik), Datuk Dr. Yusof Yacob (Sindumin), Datuk Mohamaddin Ketapi (Segama), Datuk Peter Anthony (Melalap), Datuk Juil Nuatim (Limbahau), Rina Jainal (Kukusan). – UTUSAN

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo