NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lesen memandu 'gerenti lulus', SPRM tahan wanita pekerja sambilan sekolah memandu



SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang pekerja sambilan sebuah sekolah memandu, selepas disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM650 daripada seorang calon ujian memandu, hari ini.

Menurut sumber, wanita berusia lingkungan 40-an itu ditahan sekitar jam 4.30 petang hari ini di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, suspek yang juga pembantu tadbir kanan di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) dikatakan meminta wang tersebut sebagai dorongan mendapatkan lesen 'gerenti lulus'.

Katanya, suspek berkerja di sekolah memandu di Petaling Jaya yang dimiliki oleh bapa mentuanya secara sambilan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, SPRM Selangor akan membawa suspek ke Mahkamah Sesyen Shah Alam esok bagi mendapatkan perintah permohonan reman.


Sumber I BH Online




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo