NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lelaki tunjuk kemaluan dicekup polis



YAN: Lelaki yang dipercayai menunjukkan kemaluannya kepada dua wanita bersaudara ketika menunggang motosikal akhirnya ditahan polis, tidak sampai lima jam selepas kejadian di Batu 22, Teroi, dekat sini.

Suspek dikatakan menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 sambil menunjukkan kemaluannya kepada dua mangsa terbabit yang ketika itu sedang menunggang motosikal Ego Solaris.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di sekitar Yan jam 5.45 petang tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya ketika dihubungi hari ini.

Shahnaz berkata, pengadu iaitu wanita yang berusia 27 tahun bersama anak saudara perempuan berumur 20 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan atau kerugian.

Dalam kejadian pagi tadi, dua wanita bersaudara cemas apabila terserempak dengan lelaki yang menunjukkan kemaluannya ketika menunggang motosikal.

Kejadian jam 11.30 pagi ketika Nur Wahida Ahmad dan anak saudaranya dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Keda, Sungai Udang, di sini, selepas mengikuti kursus kulinari di Guar Chempedak.


Sumber I BH Online






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo