NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KWSP perlu sedia aliran tunai tampung pengeluaran tambahan, kata Kementerian Kewangan

KWSP perlu mengambil langkah-langkah pengimbangan portfolio dengan mengambil kira pegangan tunai semasa, kecairan dan kematangan pegangan instrumen berpendapatan tetap selain memperlahankan aktiviti pelaburan domestik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Februari 2023.


KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu menyediakan aliran tunai bagi menampung sebarang pengeluaran tambahan baharu, kata Kementerian Kewangan hari ini.

KWSP perlu mengambil langkah-langkah pengimbangan portfolio dengan mengambil kira pegangan tunai semasa, kecairan dan kematangan pegangan instrumen berpendapatan tetap selain memperlahankan aktiviti pelaburan domestik.

“Ini menyebabkan kekangan bagi penyertaan ke dalam peluang pelaburan baharu dan akan memberikan kesan secara langsung dari segi kehilangan potensi pulangan jangka masa panjang yang turut menjejaskan peluang bagi menjana pendapatan untuk tujuan pembayaran dividen kepada ahli pada masa hadapan,” kata kementerian tersebut dalan jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.  

Kementerian Kewangan berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Muhyiddin Yasin (PN-Pagoh) mengenai kebenaran pengeluaran KWSP secara bersasar bagi meringankan beban kehidupan rakyat.

Baru-baru ini, ahli Parlimen Pagoh itu meminta kerajaan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha memajukan ekonomi negara dan memelihara kebajikan rakyat, termasuk mempertimbangkan pengeluaran simpanan KWSP dan moratorium pinjaman bank.

Menurut Kementerian Kewangan, indikator ekonomi menunjukkan bahawa aktiviti ekonomi semakin pulih dengan perniagaan telah mula beroperasi sepenuhnya dan sebahagian besar pekerja telah kembali bekerja untuk menjana pendapatan.

“Ini boleh dilihat daripada statistik KWSP yang menunjukkan peningkatan yang ketara dari segi bilangan ahli dan majikan yang aktif mencarum, pendaftaran ahli dan majikan baharu serta jumlah caruman setakat Disember 2022,” katanya. 

Setakat Disember 2022, pendaftaran ahli meningkat kepada 635,989 daripada 421,643 manakala majikan meningkat kepada 93,669 daripada 72,518. – Bernama, 16 Februari 2023.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo