NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hanya masalah salah faham laporan Berita 7.57 Awesome TV

PUTRAJAYA: Pihak pengurusan Awesome TV menyifatkan kandungan berita yang disiarkan stesen itu baru-baru ini kemungkinan ada berlaku salah faham dari segi konteks.

Menurut sumber stesen tersebut ketika dihubungi berkata, penonton yang menyaksikan laporan ‘panas’ Berita 7:57 itu pun memahami ia tidak merujuk pendirian pihak kerajaan.

“Sesiapa yang tonton slot tersebut pada 15 Februari lalu akan tahu laporan kami memetik dari sumber penganalisis luar sebagai memberi saranan secara bebas sahaja,” katanya sebagai merujuk laporan disiarkan Berita 7:57 pada minggu lalu itu yang disalah tafsir dalam kalangan warganet konon ia cadangan Kerajaan Perpaduan.

Laporan klip berdurasi 2 minit 36 saat mengenai syor pengurangan penjawat awam itu malahan tular dikongsi ramai netizen sehingga mencetuskan kebimbangan masyarakat.

Semalam, pengurusan Awesome TV dipanggil bagi memberikan penjelasan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung laporan itu.

Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dalam jawapan lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, kandungan berita itu adalah fitnah kepada pihak kerajaan.

Mengulas lanjut, sumber Awesome TV berkata, pihaknya amat terkejut dengan kenyataan beliau itu, namun menyifatkan ia hanya sebagai ‘miscommunication’ laporan berkenaan.

“Insya-Allah setakat ini semuanya okay dan isu itu sedang ditangani oleh kami serta pihak SKMM kerana ia cuma masalah salah faham berhubung penyampaian berita,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi Awesome TV, Mazlan Mahdi mengesahkan pihak stesen dipanggil memberi penjelasan kepada SKMM namun enggan komen lanjut.

Awesome TV merupakan stesen televisyen percuma dimiliki oleh Awesome Media Network Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan sudah bersiaran sejak 2020 lepas.

Slot Berita 7:57 mula ke udara pada 1 Februari tahun lalu sebagai pilihan kepada para penonton stesen itu yang mahu kelainan kandungan laporan perkembangan semasa tanah air. – UTUSAN


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo