NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gempa kedua gegar Turkiye, mangsa maut kini lebih 1,500

Sekurang-kurangnya 1,500 orang terbunuh selepas dua gempa bumi kuat melanda Turki dan Syria dalam tempoh 12 jam. - Gambar/ Reuters



GEMPA bumi kedua, kali ini bermagnitud 7.6 melanda selatan Turkiye.
Kejadian itu berlaku jam 1.24 tengah hari (waktu tempatan), hanya beberapa jam selepas gempa bumi pertama berukuran 7.8 magnitud yang melanda Turki dan Syria pada Isnin.
Memetik laporan The Guardian, gempa dahsyat itu telah menyebabkan lebih 1,500 orang mati dan ribuan yang lain cedera setakat ini.
Ini antara apa yang kita tahu setakat ini:
  • Sekurang-kurangnya 1,500 orang terbunuh selepas dua gempa bumi kuat melanda Turki dan Syria dalam tempoh 12 jam.
  • Angka kematian dijangka meningkat, dengan operasi mencari dan menyelamat dijalankan di seluruh wilayah kerana banyak bangunan runtuh dan dipercayai ramai orang terperangkap dalam runtuhan.
  • Angka rasmi dari Turki mengatakan 1,014 orang terbunuh, 5,383 cedera, dan 2,818 bangunan runtuh.
  • Kementerian kesihatan Syria berkata bahawa lebih daripada 326 orang telah terbunuh dan 1,042 cedera.
  • Sebagai tambahan kepada angka tersebut, perkhidmatan menyelamat White Helmets di barat laut Syria di kawasan yang tidak dikawal oleh kerajaan meletakkan angka kematian mereka pada 221, menjadikan jumlah 1,561 disahkan meninggal dunia.
  • Lebih 10 pasukan mencari dan menyelamat dari Kesatuan Eropah telah digerakkan susulan gempa bumi yang melanda Turki, kata jurucakap Suruhanjaya Eropah.
  • Amerika Syarikat, United Kingdom, Israel, Rusia dan China adalah antara negara lain yang telah membuat tawaran bantuan awam.
  • Gempa pertama melanda ketika orang ramai tidur, bermagnitud 7.8, salah satu gempa paling kuat di rantau ini dalam sekurang-kurangnya satu abad. Ia dirasai sejauh Cyprus dan Kaherah.
  • Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC) berkata, data awal menunjukkan gempa besar kedua berukuran 7.7 magnitud, dan berada 67km (42 batu) timur laut Kahramanmaraş, Turki, pada kedalaman 2km.
  • Terdapat lebih daripada 100 gegaran susulan yang lebih kecil yang didaftarkan oleh ahli seismologi.

Sumber I Astro Awani 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo