NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar pertahan lantikan anaknya, Nurul Izzah tidak akan salah guna kuasa

Anwar memberi jaminan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak akan menyalahgunakan kedudukannya. - Gambar/ Bernama


PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mempertahankan keputusan melantik anaknya, Nurul Izzah sebagai penasihat kanannya dalam bidang ekonomi dan kewangan.
Bahkan, Anwar memberi jaminan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak akan menyalahgunakan kedudukannya.
Menurutnya, beliau cakna dengan respons daripada rakyat namun sekali lagi menegaskan anaknya itu tidak akan menerima sebarang imbuhan.
“Saya sudah beri penjelasan. Satu, dia tidak akan menerima sebarang imbuhan.
“Dua, tidak ada kemungkinan dia menggunakan jawatan itu untuk mempengaruhi keputusan mengenai tender atau kontrak.
"Saya memerlukan kepakaran beliau untuk membantu saya, tetapi biarpun begitu, biar saya tegaskan bahawa beliau berada di sana untuk melindungi dan meneruskan agenda tadbir urus (baik) dan tidak rasuah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini pada Isnin.
Astro AWANI pada 29 Januari lepas melaporkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengesahkan beliau telah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri berkuat kuasa 3 Januari lalu.
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat pendedahan itu dalam satu temu bual bersama akhbar The Star.
Anwar kemudian menjelaskan bahawa pelantikan Nurul Izzah tidak melibatkan bayaran elaun.
Menurut Perdana Menteri, beliau sendiri mempelawa Nurul Izzah untuk membantunya sebagai penasihat.

Sumber I Astro Awani 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo