NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bersih kesal, PM tak sentuh peruntukan untuk pembangkang




SHAH ALAM - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menzahirkan kekesalan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak menyentuh mengenai peruntukan pembangunan kawasan (CDF) kepada ahli Parlimen pembangkang dalam pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Jelas gabungan itu, tindakan tersebut jelas bertentangan dengan prinsip Malaysia Madani diperjuangkan Kerajaan Perpaduan yang diterajui Ahli Parlimen Tambun terutamanya dalam aspek pelaksanaan reformasi.

Tambahnya lagi, kerajaan dan pembangkang sepatutnya perlu duduk bersama dan berunding untuk membawa undang-undang yang akan memastikan peruntukan yang saksama.

“Perikatan Nasional (PN) dengan 74 ahli Parlimen mewakili 4,666,529 pengundi atau 30 peratus daripada jumlah pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


“Menahan CDF ini adalah tidak menghormati pilihan dan hak pengundi untuk mengundi siapa yang mereka ingin mewakili mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Bersih menambah, peruntukan itu amat diperlukan bagi memberikan khidmat kepada kawasan Parlimen mereka dengan lebih efisien termasuk menampung sebarang keperluan pembangunan yang tidak termasuk dalam program kerajaan Persekutuan atau negeri.

Jelasnya, CDF kepada pembangkang tidak seharusnya menjadi isu kerana ahli Parlimen blok kerajaan menerima peruntukan sebanyak RM1.3 juta setahun yang merupakan pertambahan kos dengan hanya 0.024 peratus atau RM96.2 juta daripada Belanjawan 2023 berjumlah RM386 bilion.

Ujar gabungan itu, CDF hakikatnya dilihat sebagai alat untuk menghukum dan menekan pihak tersebut daripada memberikan khidmat yang sepatutnya.


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo