NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar bincang langkah-langkah perkukuh kerjasama ekonomi bersama wakil perdagangan AS



KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membincangkan mengenai langkah-langkah untuk mengharungi ketidaktentuan ekonomi dan pasaran kewangan global semasa pertemuan beliau dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) Katherine Tai.  

Anwar yang juga Menteri Kewangan menerusi ciapan di laman Twitter rasminya berkata, perbincangan mereka juga turut menyentuh mengenai langkah-langkah bagi mengukuhkan kerjasama ekonomi, isu-isu kemudahan perdagangan selain melaksanakan usaha untuk menarik pelaburan yang berkualiti ke Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, lawatan Tai itu merupakan lawatan kerja yang pertama kali oleh ahli Kabinet Pentadbiran Amerika Syarikat ke Malaysia sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan tahun lalu.

Pertemuan ini turut dihadiri oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, manakala delegasi Tai turut diiringi oleh Duta Besar AS ke Malaysia Brian D. McFeeters.

-- BERNAMA



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo