NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wira Putra kecam pihak takutkan badan kehakiman negara

BANGI, 16 Jamadilakhir 1444H, Isnin – Pergerakan Wira Putra mengecam tindakan pihak yang menakut-nakutkan badan kehakiman negara dan menyifatkan golongan berkenaan mempunyai nilai moral yang rendah.

Ketuanya, Nasrul Ali Hasan Abdul latif berkata, perkara sedemikian tidak wajar berlaku di zaman moden hari ini berikutan badan kehakiman adalah badan yang menjulang kedaulatan undang-undang.

Malah, setiap keputusan yang diputuskan badan tersebut dibuat berdasarkan fakta dan pembuktian yang teliti.

“Hakim-Hakim yang ditugaskan adalah dari kalangan yang bijak dan mahir dalam bidang perundangan, maka tidak perlu bimbang dan rasa takut dengan sebarang ugutan.

“Putra sedia bertempur dan bergasak dalam apa bentuk keadaan dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat badan kehakiman lebih-lebih lagi yang bermotifkan politik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mendedahkan terdapat ancaman bunuh terhadapnya dan tindakan menakut-nakutkan badan kehakiman dalam kes membabitkan tokoh politik yang dibicarakan tahun lalu.

Mengulas lanjut, Nasrul berkata Wira Putra tetap berdiri teguh dan mempertahankan kebebasan badan kehakiman sebagai salah satu cabang institusi sistem Raja Berperlembagaan.

Wira Putra turut menyifatkan individu atau kumpulan yang cuba menakut-nakutkan atau cuba menggugat badan kehakiman adalah perosak kebebasan badan kehakiman.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo