NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tambang percuma pelajar sekolah rendah, OKU bermula 15 Februari – Anthony

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan mengumumkan tambang percuma kepada pelajar sekolah rendah dan orang kurang upaya (OKU) yang menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), bermula 15 Februari ini.

Bagaimanapun Menterinya, Anthony Loke berkata, inisiatif percuma itu tidak melibatkan perkhidmatan tren elektrik (ETS).

Menurutnya, pelajar sekolah rendah tidak lagi perlu membeli tiket kereta api kerana boleh terus menaiki perkhidmatan itu sekiranya berpakaian seragam sekolah.

“Secara prinsipnya, kami beri tambang percuma kepada semua pelajar sekolah. Namun, saya akan berbincang dengan pihak KTMB untuk memberikan manfaat sama kepada pelajar sekolah menengah jika ada peruntukan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyantuni penumpang KTMB di Stesen KL Sentral bersempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina. – UTUSAN


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo