NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Status KJ dalam UMNO ditentukan petang ini

KUALA LUMPUR : Status keahlian Khairy Jamaluddin atau KJ dalam UMNO akan diketahui petang ini.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan dalam sidang akhbar semasa lawatan ke galeri jualan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR), di sini hari ini.

“Petang ini,” katanya ringkas ketika ditanya pemberita berhubung perkara tersebut.

Khairy sebelum ini secara terbuka mengakui tidak menggemari segelintir pemimpin UMNO dan mahu ‘membersihkan’ parti itu, jika berjaya menawan Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau dalam masa yang sama turut menegaskan, semua pihak perlu mengakui UMNO perlu berubah untuk kembali menjadi parti yang boleh dibanggakan dan menjadi wadah politik terbesar seperti suatu ketika dahulu.

Mesyuarat UMNO dijadual diadakan petang di Menara Dato’ Onn di sini. – UTUSAN

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo