NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Serangan seksual : Mahkamah tetapkan 7 April bagi Yusoff Rawther batal pembelaan Anwar

Dalam pengurusan kes yang dijalankan secara atas talian, peguam yang mewakili Anwar mengesahkan Mahkamah Rayuan telah menetapkan tarikh pendengaran tersebut

KUALA LUMPUR – Mahkamah Rayuan telah menetapkan 7 April ini bagi mendengar rayuan bekas pembantu penyelidik, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Muhammed Yusoff Rawther berkaitan kes saman membabitkan dakwaan serangan seksual oleh Perdana Menteri itu  lima tahun lalu.

Dalam pengurusan kes yang dijalankan secara atas talian, peguam yang mewakili Anwar mengesahkan Mahkamah Rayuan telah menetapkan tarikh pendengaran tersebut.

Pada 28 September tahun lalu, Muhammed Yusoff telah memfailkan rayuan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pembelaan serta keseluruhan tuntutan balas Ahli Parlimen Tambun itu.

Untuk makluman, pada 14 Julai 2021, Muhammed Yusoff memfailkan saman mendakwa serangan seksual pada 2 Oktober 2018 di kediaman Anwar di Segambut.

Dakwa lelaki itu, Anwar melakukan serangan seksual dan pencerobohan ke atas dirinya manakala beliau menolak perbuatan defendan serta memintanya berhenti melakukan perbuatan itu.

Ini juga dakwa Muhammad Yusoff dirinya dituduh berkomplot untuk menjatuhkan dan merosakkan karier politik defendan selain memberi impak kepada kesihatan mentalnya kerana mendapat kritikan daripada pemimpin politik yang menyokong Anwar serta orang awam.

Muhammed Yusoff menuntut ganti rugi khas, umum, teruk, teladan, faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Anwar memfailkan tuntutan balas terhadap Muhammed Yusoff dengan menyatakan dakwaan salah laku seksual itu tidak benar dan berunsur rekaan semata-mata.

Anwar yang kini Perdana Menteri mendakwa serangan seksual yang didakwa tidak mungkin berlaku kerana pada tarikh yang dikatakan serangan itu berlaku, beliau sedang melayani keluarga dan rakan di kediamannya di Bukit Segambut. – MalaysiaGazette


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo