NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rumah panjang terbakar, 200 penghuni hilang tempat tinggal

Punca sebenar serta kerugian akibat kebakaran itu masih disiasat dan pasukan forensik akan ke lokasi kejadian esok untuk menjalankan siasatan lanjut. - Gambar hiasan


SIBU: Kira-kira 200 penghuni Rumah Selanjat di Sungai Segan, Ulu Sebauh, Bintulu yang terletak kira-kira 180 kilometer dari sini, hilang tempat tinggal apabila 33 daripada 36 pintu rumah panjang kediaman mereka musnah dalam kebakaran pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kebakaran itu membabitkan satu blok lama rumah panjang berstruktur tidak kekal dengan anggaran 90 peratus musnah.
"Tiga pintu lagi berjaya diselamatkan daripada terbakar. Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya dan anggota pemadam berjaya menghalang kebakaran daripada merebak ke blok baharu rumah panjang tersebut yang hanya berjarak 4 meter dari tempat kebakaran berlaku.
"Anggaran penghuni terjejas adalah seramai 200 orang daripada 33 keluarga. Mereka berjaya keluar dari kawasan kebakaran serta tiada sebarang kecederaan dilaporkan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 5 Bintulu Wan Kamaruddin Wan Ahmad, ketika dihubungi Bernama, pula berkata kebakaran dipercayai bermula dari unit tengah rumah panjang tersebut.
Bagaimanapun, beliau berkata punca sebenar serta kerugian akibat kebakaran itu masih disiasat dan pasukan forensik akan ke lokasi kejadian esok untuk menjalankan siasatan lanjut.
-- BERNAMA


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo