NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pejuang umum berundur daripada GTA

Kata Mukhriz, pengunduran itu dibuat bagi memberi ruang kepada usaha memperkukuhkan semula Pejuang dalam pelbagai aspek. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan parti itu secara rasmi menarik diri daripada Gerakan Tanah Air (GTA).
Kata Mukhriz, pengunduran itu dibuat bagi memberi ruang kepada usaha memperkukuhkan semula Pejuang dalam pelbagai aspek.
"Perhimpunan Agung ini yang juga adalah badan paling tinggi dalam parti membuat keputusan Pejuang berundur secara terhormat daripada GTA.
"Selain itu, kita turut mengadakan perbincangan panjang lebar mengenai gabungan mana yang kita (akan) sertai sekiranya ada... menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlaku dalam tahun ini.
"Jadi dalam hal ini, banyak pandangan dikemukakan, daripada pembahas yang mewakili negeri-negeri, akhirnya mandat diberikan kepada Majlis Eksekutif Pusat (MEP) untuk meneruskan rundingan dengan mana-mana pihak dan diputuskan di peringkat MEP," kata beliau selepas Perhimpunan Agung kedua Pejuang di Seri Kembangan pada Sabtu.
Jelas beliau, pada masa ini, parti itu tidak mempunyai sebarang keputusan selain mandat untuk parti itu bersifat terbuka untuk berunding dengan mana-mana pihak.
"Rundingan itu belum dibuat dan berbincang pun secara tidak rasmi, tetapi dalam masa terdekat ini kita akan bertemu pemimpin daripada gabungan sedia ada untuk kita terokai mengenai kemungkinan kerjasama yang boleh dipupuk sekiranya boleh, kalau tidak boleh tidak apalah.
"Kita bukanlah seperti hidung tidak mancung, pipi tersorong-sorong.
"Mandat yang diterima adalah meneruskan rundingan dan saya terpaksa mengakui, pandangan daripada negeri adalah berbeza-beza, mengikut keadaan di negeri itu," ujar beliau lagi.

Sumber I Astro Awani 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo