NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ronaldo ditempatkan di suite terbaik di Kingdom Tower

RIYADH – Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo meluangkan sedikit masa dalam memastikan dia dan keluarganya diterima secara meriah di ‘tanah air’ baharu mereka, lapor portal berita MailOnline semalam.

Penyerang itu yang mana perpindahan ke Arab Saudi baru-baru ini telah menjadikannya sebagai jutawan hebat, tinggal di penginapan bersesuaian umpama seorang raja. Kediaman itu memberikannya pemandangan terbaik ibu kota dalam persekitaran paling mewah di Riyadh.

Bekas bintang Manchester United itu yang telah menandatangani kontrak dengan kelab bola sepak Al-Nassr dengan pakej bernilai lebih £400 juta (RM2.12 bilion) kini menginap di Kingdom Tower, salah sebuah bangunan tertinggi di negara itu.

Bangunan Kingdom Tower itu menempatkan sebuah Hotel Four Seasons.

Dia ditempatkan di salah sebuah suite terbaik yang boleh ditawarkan oleh Riyadh di salah satu daripada 17 bilik yang diduduki oleh rombongannya termasuk keluarga, rakan dan butiran keselamatannya.

Ronaldo ditempatkan di dalam suite bersaiz gergasi selama sebulan dan Suite Kingdom salah satu yang terbaik di bangunan 99 tingkat itu terbentang hingga dua tingkat.

Harga suite itu tidak disenaraikan dan ia perlu ditempah secara peribadi, begitu juga Royal Suite yang terletak bersebelahan dengannya. 

Namun, Suite Presiden yang lebih kecil boleh ditempah secara dalam talian dan kos untuk satu malam ialah £3,300 (RM17,530).

Dianggarkan bil hotel untuk Ronaldo dan rombongannya akan melebihi £250,000 (RM1,328,101) apabila dia mendaftar keluar dan menemui sebuah rumah tetap untuk pasangannya, Georgina RodrĆ­guez dan lima anak mereka. – Agensi

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo