NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rayuan Najib, anak berkait tunggakan cukai LHDN didengar 13 Mac

LHDN cuba mendapatkan semula RM1.69 bilion cukai tertunggak daripada bekas perdana menteri Najib Razak dan RM37.6 juta daripada anaknya, Mohd Nazifuddin.


PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan 13 Mac untuk mendengar rayuan bekas perdana menteri Najib Razak dan anak lelakinya Mohd Nazifuddin berhubung penghakiman terus terhadap mereka dalam kes tunggakan cukai pendapatan.

Peguam Wee Yeong Kang, seorang daripada peguam yang mewakili Najib dan Mohd Nazifuddin, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

Beliau berkata, rayuan itu akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan secara dalam talian melalui aplikasi zoom.

Prosiding pengurusan kes berhubung rayuan itu berlangsung di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Suhaila Haron.

Najib dan Nazifuddin merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memasukkan penghakiman terus itu bagi mendapatkan semula lebih RM1.7 bilion cukai tertunggak daripada mereka.

Pada 2020, dua Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus bagi mendapatkan semula tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion daripada Najib serta RM37.6 juta daripada Nazifuddin bagi tempoh antara 2011 dan 2017.

Penghakiman terus adalah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Najib dan Nazifuddin gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan pada 9 Sept 2021 untuk mengetepikan penghakiman terus itu.

Pada 10 Mei tahun lalu, mereka memperoleh kebenaran untuk meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Rayuan Najib dan Nazifuddin akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan berdasarkan sembilan persoalan undang-undang.


Sumber I FMT Malaysia 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo