NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rafizi perlu fokus persiapan hadapi krisis ekonomi yang semakin hampir bukan berpolitik

Ramalan. Formula.

Kita boleh meramal dan kita boleh berunding. Namun YB Rafizi mungkin terlupa, keputusannya terletak di tangan pengundi, yang tidak boleh diramal dan tidak boleh dirunding.

Dalam PRN kelak, tidak sukar untuk rakyat dan anak muda membuat pilihan.

Rakyat mahukan fakta.
Rakyat mahukan kejujuran.
Rakyat mahukan penyelesaian.
Rakyat mahukan keabsahan moral.

Memasuki tahun baharu, banyak penganalisis mengunjurkan pertumbuhan KDNK yang lebih sederhana iaitu antara 4%-5%, akibat kemerosotan ekonomi global dan inflasi domestik.

Kenaikan harga barang dan kos sara hidup dijangka lebih ketara bagi tahun 2023. PRN yang dijalankan ketika 'tekanan ekonomi' sedang memuncak, mungkin tidak menguntungkan kerajaan jika tidak diurus sebaiknya.

Nasihat saya, lebih baik YB Rafizi fokus kepada ramalan ekonomi dan persiapan hadapi krisis ekonomi yang semakin hampir. Ramalan politik, kita serah kepada pengundi dan anak muda yang semakin bijak.

Syahir Sulaiman
Bachok, 15 Januari

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo