NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rafizi dedah kembali politik, serlah busuk hati kepada PAS

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendedahkan beliau kembali kepada arena politik disebabkan tidak sanggup melihat muka wakil Pas di papan iklan di Selangor.

Rafizi yang merupakan Ahli Parlimen Pandan itu memaklumkan kekalahan Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor cukup memberikan kesan kepada dirinya.

“Lepas di Johor, satu benda difikir satu hari dan ketika saya bawa kereta sebab rumah di Bukit Antarabangsa dan tiap-tiap hari tengok muka Amir (panggilan Menteri Besar Selangor).

“Kalau kalah Selangor, gila hari-hari tengok muka Pas dan pergi mana-mana ada papan tanda Pak Lebai.

“Sebab, kita 15 tahun tidak nampak muka-muka itu (Pas) kerana duduk dalam negeri yang ditadbir Keadilan (PKR),” katanya ketika berucap pada konvokesyen Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat Selangor di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Seksyen 15 di sini, hari ini.

Jelas beliau yang merupakan Menteri Ekonomi, gelombang yang cuba dibawa Pas di Selangor hanya umpama air dalam cawan dengan PKR khususnya tidak perlu bimbang mengenainya.

Ujarnya, apa paling ditekankan adalah PKR perlu terus bergerak seperti pembangkang meskipun kerajaan negeri ditadbir Pakatan Harapan (PH).

“Cara kita berkempen, pembawaan dan berinteraksi dengan rakyat mestilah kekal seperti menjadi pembangkang dahulu.

“Ini disebabkan kerajaan yang tumbang sebelum ini, masa jadi kerajaan guna semuanya saluran rasmi sedangkan kita dulu bergerak dengan sumber sendiri tanpa jentera kerajaan,” katanya.

Justeru, Rafizi menegaskan cabaran PKR atau PH di Selangor supaya jangan bertukar jatidiri mereka selepas menang selama tiga penggal dengan mengetahui citarasa pengundi di negeri ini.

“Mereka (pengundi) tidak suka parti yang banyak protokol, bergantung kepada kerajaan untuk berkempen sebaliknya lebih dekat dengan pembawaan kita.

“Perangai kita, bila jadi menteri dan dikelilingi serta diiringi pegawai sampai rakuat nak salam tidak boleh. Jadi automatik, pengundi akan berfikiran apabila jadi kerajaan akan jadi lain,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo