NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pulau Pinang mahu penetapan tarikh adakan PRN, kata Chow

Chow Kon Yeow berkata penetapan tarikh membolehkan semua pihak membuat persiapan untuk PRN. (Gambar Facebook)


GEORGE TOWN: Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang mengharapkan penjelasan yang lebih baik mengenai tempoh masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya negeri (PRN), kata pengerusinya, Chow Kon Yeow.

Chow berkata, PH Pulau Pinang lebih berminat mengadakan PRN pertengahan tahun ini dan tidak sepatutnya ada mainan teka-teki mengenai tarikh kemungkinan pembubaran DUN yang mana ia perlu diputuskan dan diumumkan lebih awal daripada biasa.

“Dengan berbuat demikian, saya fikir rakyat akan menjangkakan kami sudah mempunyai tarikh dalam fikiran. Semua orang boleh membuat persiapan untuk pilihan raya, malah parti politik dan calon juga boleh membuat persiapan dengan lebih kepastian.

“Kepastian dari segi tarikh pilihan raya negeri juga akan membantu menstabilkan suasana politik,” katanya selepas mengedarkan limau mandarin menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, di sini, hari ini.

Chow berkata, persediaan PH untuk PRN sedang berterusan dan semalam mereka mengadakan mesyuarat untuk membincangkan perkara itu termasuk masa untuk pilihan raya dan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN).

“Mesyuarat juga memutuskan bahawa kami lebih suka pilihan raya diadakan pada pertengahan tahun … Mei, Jun atau Julai. Tetapi ini tertakluk kepada pertimbangan yang lebih besar oleh PH pusat,” katanya yang juga ketua menteri Pulau Pinang.

Enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu perlu mengadakan PRN masing-masing, tahun ini.

Mengenai kerjasama dengan BN pada PRN ini, Chow, yang juga pengerusi DAP Pulau Pinang, berkata PH negeri sedang menunggu arahan daripada pemimpin PH di peringkat nasional.

Chow berkata, prestasi baik Perikatan Nasional (PN) pada PRU lalu telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan parti politik lain.

Beliau mendakwa pengundi Melayu secara umumnya telah menolak Umno pada PRU15 dan undi mereka diberikan kepada PN dan bukannya PH.

“Jadi secara tiba-tiba, ini menjadi isu untuk semua parti politik mengambil kira apa juga strategi yang ingin mereka susun untuk menghadapi pilihan raya negeri tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, prestasi kerajaan perpaduan dalam enam bulan pertama akan mempengaruhi keputusan pilihan raya negeri.


Sumber I FMT Malaysia 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo