NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Puad persoaldalang di sebalik pendakwaan terhadap pemimpin UMNO

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mempersoalkan siapakah dalang di sebalik pendakwaan terhadap pemimpin-pemimpin parti itu seperti Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berpandangan, banyak pendakwaan termasuk terhadap Najib dan Ahmad Zahid meragukan.

“Persoalannya siapa dalang? Sebab itu Perdana Menteri kena segera melakukan ‘reformasi institusi’,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Mohd. Puad mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang melepas dan membebaskan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Ab Samad bagi pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta diterima daripada Najib melalui sekeping cek kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Berhubung keputusan tersebut, beliau memberitahu, pendakwaan tidak diteruskan kerana pegawai penyiasat sendiri mengaku siasatan tidak lengkap.

“Kalau kes Shahrir gugur, maka dakwaan terhadap Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Tan Sri Mohamed Shafee Abdullah menggunakan kaedah sama iaitu Akta Anti Penggubahan Wang Haram (AMLA) / LHDN juga patut gugur,” katanya. – MalaysiaGazette


Komen : Teman sebantal pun mimpi lain-lain


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo