Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin mengadakan pertemuan dengan pemimpin Bersatu Negeri Sembilan di Paroi, semalam (21 Januari 2023).
Pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan UMNO didakwa sedang berusaha untuk membunuh persepsi baik Perikatan Nasional (PN) sebagai sebahagian strategi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.
Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, PN mempunyai persepsi yang baik dalam kalangan majoriti rakyat negara ini khususnya orang Melayu dan golongan muda berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) November lalu.
Katanya, PN sudah terbukti mempunyai kepemimpinan yang berintegriti dan boleh membentuk kerajaan yang baik.
“Hakikatnya majoriti rakyat mahu bersama dengan kita (PN) seperti mereka tunjukkan dalam PRU15 dan sebagai strategi untuk melemahkan PN, maka persepsi ini perlu dibunuh dalam menghadapi PRN di enam buah negeri.
“Sebab itu hari-hari cerita yang sama, untuk menunjukkan PN tidak baik. Itu strategi yang sedang mereka gunakan,” katanya semalam.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Semarak Gelombang Rakyat Bersama PN di Kampung Tengah, Seri Menanti, di Kuala Pilah.
Hadir sama Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Pengerusi PN Negeri Sembilan, Datuk Eddin Syazlee Sith dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha.
Radzi yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, PN akan menyusun strategi dalam usaha mencapai kemenangan pada PRN yang perlu diadakan selewat-lewatnya Julai tahun ini.
Katanya, kemenangan PN dalam PRN nanti adalah penting untuk generasi akan datang.
“Apa yang kita buat hari ini bukan untuk kita tetapi untuk masa depan generasi pewaris negara.
“Oleh itu, momentum baik yang dicapai pada PRU-15 lalu perlu diteruskan pada PRN nanti,” katanya.
Cubaan bunuh persepsi baik rakyat terhadap PN? Kami tak cuba pun. Korang yang kelar tubuh sendiri. Kenapa nak tuduh orang cuba bunuh pula?
ReplyDeleteTuduhan seleweng dana prihatin, ada djsertakan bukti. SPRM yang siasat dan buat penahanan. Yang disoal-siasat mengaku kena beri komisen 3-5%. Dakwaan komisen bukan PH yang reka.
Dakwaan rasuah pengundi pula, Hadi sendiri kata kalau orang awam yang beri dikira sebagai sedekah bukan rasuah. Kenyataan itu seolah mengiyakan yang memang ada kejadian beri pengundi duit.
Itu yang aku kata, PN kelar tubuh sendiri. Bukan PH yang bunuh. Sebab masa buat tak fikir perkara ini akan terdedah. Ingat rahsianya selamat selamanya.
Yang sebenarnya, PN yang sedaya upaya berusaha reka persepsi buruk rakyat terhadap PH. Sebab itu berderet pemimpin PH yang kena saman fitnah. Jenis lidah lagi laju dari otak.
Tuduh LGBT la, tuduh tipu upah RM15 juta la. Dan semuanya tanpa bukti dan fakta. Semuanya fitnah. Begitu jahatnya PN. Tapi hari ini dia pusingkan meja acah-acah jadi mangsa. Ingat rakyat bodoh?
Masa PN makin singkat. Fitnah yang PN lemparkan dulu makin banyak yang terbukti palsu. Populariti DS Anwar pun semakin meningkat. Kebejatan PN masa memerintah pula semakin banyak terbongkar manakala walaun makin terserlah kedunguannya.
PN memang menuju jalan buntu sekarang ni. Jadi tak payah nak play victim. Terimalah hakikat. Yang bathil takkan kekal. Kebenaran akan terserlah juga akhirnya. Guane boh?
Raja Gelap
Syarat sokong PH ialah kena mesti BODOH
DeleteRakyat dan pengundi tak bodoh sebab itu kami pilih PAS/PN. Sehingga 19 Nov PH maki hamun UMNO/BN terutamanya kluster mahkamah kleptokrat, perompak dan penjenayah rasuah tegar bakal penghuni penjara. Sebaliknya UMNO/BN kutuk DAP/PH musuh Islam musuh Melayu musuh Bumiputera tahap iblis. Bila zahid giring umno kahwin luar tabii bentuk rejim kerajaan campuran PH2 ++, tup tup umno/bn dan dap/pkr/ph terus jadi suci bagai salju.
Delete