NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penternak ragui jaminan MAFS atasi masalah ayam, telur

PETALING JAYA: Penternak ayam dan telur meragui jaminan diberikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu bahawa pengeluaran bekalan ayam dan telur akan kembali normal dan mencukupi bagi pasaran tempatan bermula bulan ini.

Malah, mereka khuatir jaminan itu cuma satu lagi episod permainan kartel ayam dan telur yang mahu memeras subsidi kerajaan, pada masa sama membolot subsidi sehingga menjejaskan industri peringkat pertengahan dan hiliran.

Satu sumber penternak ayam wilayah tengah yang dihubungi berkata, pihaknya difahamkan bahawa kerajaan akan meneruskan dasar pemberian subsidi ayam dan telur, namun kali ini wang tersebut didakwa hanya akan disalurkan kepada pembekal anak ayam day old chick (DOC) serta pengeluar makanan ayam sahaja.

Kata sumber, jika itu berlaku, kartel DOC dan makanan ayam akan semakin besar ke­pala membolot subsidi tanpa meyalurkannya kepada penternak-penternak kontrak, men­dedahkan mereka kepada risiko muflis.

Sumber mendedahkan, setakat ini kira-kira 30 peratus daripada semua 2,604 ladang ayam seluruh negara, iaitu anggaran 620 ladang ayam bumiputera di ambang muflis akibat ditekan kartel yang mengeks­ploitasi harga dan bekalan DOC, makanan serta vaksin.

Justeru kata sumber, jika kerajaan melaksanakan polisi yang terlalu memihak kepada kartel DOC dan makanan ayam, tanpa memikirkan nasib penternak-penternak kontrak, hal ini akan meruntuhkan seluruh ekosistem ternakan ayam dan telur tempatan negara ini.

“Saya kongsikan jawapan bocor, sebab maklumat ini sudah berlegar dalam kalangan kami. Kerajaan akan beri subsidi kepada pengeluar anak ayam DOC dan pengeluar makanan saja. Penternak kontrak tak dapat.

“Apabila diberi kepada dua kategori ini, difahamkan supaya subsidi itu disalurkan kepada dua rantaian utama iaitu anak ayam dan dedak. Alasannya, supaya kos operasi menjadi rendah apabila harga anak ayam dan dedak murah.

“Apabila ladang-ladang kontrak muflis, kartel yang ada modal akan membeli dan mengambil alih. Ketika itu nanti, kartel ayam akan menjadi too big too fail dan tidak boleh disentuh. Mereka ada kuasa mutlak ke atas keselamatan makanan negara dan akan semakin berkuasa menekan kerajaan,” kata sumber.-

Sementara itu, satu sumber industri telur yang dihubungi pula berkata, kerajaan tiada mekanisme khusus memulihkan industri ayam dan telur, sebaliknya cuma bergantung kepada persatuan ternakan.

Malah kata sumber, bagaimana kerajaan boleh memberi jaminan bekalan akan stabil, sedangkan pengeksport induk ayam grand parent stock di negara hemisfera utara yang menyekat eksport stok induk ayam akibat penyakit unggas.

“Saya tak tahu bagaimana kerajaan mahu buat. Sebab, di pihak kami tiada peningkatan pengeluaran pun. Ini kerana, kerajaan masih belum menyalurkan subsidi masih tak dapat-dapat lagi.

“Malah, saya difahamkan untuk breeder, banyak breeder mengalami masalah, induk ayam grand parent stock tak boleh dibawa masuk ke negara ini, kerana negara-negara pengeksport di hemisfera utara terutama Eropah mengalami wabak penyakit unggas.

“Hal ini mengakibatkan ada beberapa ladang telur yang besar sudah mula membeli anak ayam DOC dengan kami. Bermakna, situasi sekarang adalah industri sebenarnya berdepan penguncupan, sebab bekalan GPS kurang. Apabila GPS kurang, anak ayam juga akan semakin berkurangan,” kata sumber.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan pengeluaran bekalan ayam dan telur akan kembali normal dan mencukupi bagi pasaran tempatan bermula bulan ini.

Jaminan itu diberikan Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu ketika pertemuan pada Khamis lalu.

Mohamad menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, jaminan itu diberikan Presiden FLFAM, Tan Chee Hee yang antara lain membincangkan Memorandum FLFAM berkaitan isu-isu yang menjejaskan kemampanan dan daya saing industri unggas khususnya ayam daging dan telur - utusan

 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo