NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penduduk haram Yahudi tembak mati warga Palestin

BAITULMAQDIS, 28 Jamadilakhir 1444H, Sabtu – Seorang warga Palestin ditembak mati selepas didakwa cuba menikam seorang warga Israel di sebuah pos penduduk haram Yahudi di Tebing Barat.

Kementerian Kesihatan Palestin mengenal pasti mangsa itu sebagai Tariq Maali.

Katanya, lelaki berusia 42 tahun itu ditembak di barat laut bandar Ramallah di Palestin di Tebing Barat yang diduduki.

Tentera Israel mendakwa, lelaki berkenaan tiba di pos peneroka dan cuba menikam orang awam Israel.

Media Israel melaporkan dia bersenjatakan pisau dan peneroka itu menembaknya.

Kematian yang berlaku hari ini itu menjadikan 18 warga Palestin terbunuh akibat tembakan Israel di Tebing Barat sejak awal tahun ini.

Menurut statistik kumpulan hak asasi Israel, B’Tselem, hampir 150 rakyat Palestin dibunuh oleh Israel di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis pada 2022. – Agensi


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo