NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Noorkhiriah terbabas motosikal ketika penggambaran

Keadaan Noorkhiriah selepas terbabas ketika melakukan penggambaran hari ini.


PETALING JAYA- Pelakon serba boleh, Noorkhiriah dilaporkan mengalami kemalangan kecil selepas terbabas ketika penggambaran sebuah drama hari ini.

Bagaimanapun pemilik nama Noorkhiriah Ahmad Shapie, 44, itu hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanannya selepas kemalangan tersebut.

Melalui satu video yang tular ketika ini, Noorkhiriah dilihat menunggang motosikal jenis Modenas Kriss berwarna hijau ketika penggambaran dilakukan di satu lokasi yang tidak dinyatakan.

Kemudian motosikal yang dinaikinya terbabas dan seterusnya melanggar sebuah kereta jenis Nissan Almera di hadapan rumah yang dijadikan lokasi penggambaran itu.

Pengguna media sosial turut mendoakan pelakon wanita kesukaan ramai itu untuk segera sembuh dan dihindari sebarang musibah selepas ini.

“Kau semua boleh Khiriah, kau berlakon apa pun menjadi. Semoga segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan selepas ini,” unar Zura Yusof.

“Aku ingatkan masih berlakon, rupanya betul-betul berlaku. Kelas Khiriah ni sampai orang tak perasan berlakon atau tidak.

“Jaga diri awak, jangan terlalu aktif sangat. Kami sayang pelakon macam awak,” jelas Zharif Mohamad. – KOSMO! ONLINE


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo