NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KPDN kenakan notis terhadap peruncit kenakan caj tambahan

Dua notis dikeluarkan ke atas peruncit selepas mengenakan caj tambahan ke atas penjualan telur ayam di daerah Kubang Pasu. - Foto ihsan KPDN


JITRA: Dua notis dikeluarkan ke atas peruncit selepas mengenakan caj tambahan ke atas penjualan telur ayam di daerah Kubang Pasu.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, tindakan itu diambil selepas mendapati peruncit mendapat bekalan telur ayam daripada luar daerah Kubang Pasu iaitu dari Pulau Pinang dan Alor Setar.
Katanya, tindakan terpaksa diambil selepas sepasukan anggota penguatkuasa KPDN Cawangan Kubang Pasu menjalankan siasatan ekoran aduan pengguna yang tular di media sosial berhubung caj tambahan yang dikenakan.
"Siasatan lanjut ke atas invois belian mendapati pihak pembekal telah mengenakan caj tambahan iaitu kos pengangkutan dan kos pengendalian antara RM0.90 hingga RM3 bagi setiap papan telur menyebabkan pihak peruncit terpaksa menanggung kos tersebut.
"Perbuatan itu, mengakibatkan peruncit terpaksa menanggung kos yang tinggi sehingga terpaksa mengenakan kos tersebut kepada pembeli.
“Berikutan itu pihak kami mengeluarkan dua notis terbabit di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 telah dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Affendi berkata, pelaksanaan kawalan di bawah akta ini membolehkan kawalan harga dilakukan ke atas barangan harga terkawal bagi semua peringkat iaitu pengeluaran, pemborongan, dan peruncitan ke atas telur gred A, B, dan C.

Sumber I Astro Awani 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo