NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes Hasutan Wan Ji terhadap Sultan Selangor, Ditetapkan 7 April

KUALA LUMPUR, 17 Januari 2023 – Mahkamah Rayuan menetapkan 7 April ini bagi mendengar permohonan pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin berhubung kes hasutan terhadap Sultan Selangor, lapor sebuah berita tempatan.

Perkara itu disahkan oleh peguam, Sangeet Kaur Deo di mana tarikh itu akan merujuk kepada isu kesahihan Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Peguam itu berkata, mahkamah membenarkan penangguhan tersebut berikutan sebelum ini Wan Ji hanya diwakili oleh Ramkarpal Singh dan beliau baru mengambil alih kes berkenaan.

Wan Ji yang merupakan bekas pembantu kepada mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk meneliti isu Perlembagaan yang membabitkan Akta Hasutan bagi menyokong rayuannya dalam mengurangkan hukuman penjara setahun.

Setakat ini, rayuan membabitkan kes hasutan tersebut masih belum selesai di Mahkamah Rayuan.

Memetik kepada berita itu, Wan Ji telah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun serta denda maksimum RM5,000.

Terdahulu, menurut satu laporan berita, Wan Ji telah didakwa pada 10 September 2014 selepas menerbitkan perkataan yang menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk membabitkan isu agama menerusi Facebook dengan nama wanji.attaaduddi.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo