NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan Kelantan tidak terima bantuan banjir RM50 juta, sahkan duit disalur kepada JPP

TUMPAT: Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob memaklumkan kerajaan Kelantan tidak menerima bantuan banjir RM50 juta sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Namun sebaliknya, bantuan banjir itu disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan.

“Jika mengikut janji Perdana Menteri ketika dalam lawatannya ke Kelantan baru-baru ini beliau nak beri bantuan banjir kepada Kelantan RM50 juta dan Terengganu RM50 juta.

“Tetapi sekarang bantuan itu disalurkan kepada JPP, manakala mengenai kaedah JPP nak agih kepada rakyat Kelantan, itu kita tidak tahu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Pasca Banjir Perikatan Nasional (PN) Sentiasa Bersamamu di Kampung Periok di sini hari ini. (Foto atas)

Turut hadir Setiausaha Agung PN, Dato’ Seri Hamzah Zainudin dan Setiausaha Agung PAS, Dato’ Seri Takiyuddin Hassan.

Sebelum ini, Perdana Menteri ketika dalam lawatan meninjau banjir pada 21 Disember lalu telah mengumumkan bantuan segera banjir sebanyak RM100 juta kepada Kelantan dan Terengganu.

Anwar berkata, kerajaan meluluskan bantuan tersebut setelah mengadakan perbincangan bersama jemaah menteri di mana setiap negeri yang terlibat akan diperuntukkan sebanyak RM50 juta. – HARAKAHDAILY 12/1/2023

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo