NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Helah tiga lelaki menyamar polis undang padah



KUALA LUMPUR: Helah tiga lelaki tempatan menyamar sebagai anggota polis untuk melepaskan diri ketika diperiksa oleh anggota Unit Kereta Peronda (MPV) membawa padah apabila mereka ditahan di Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Subang Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata dalam kejadian pada jam 10.10 malam itu, polis mengesan sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki oleh tiga suspek berkenaan dalam keadaan mencurigakan.


"Ketika ditahan, seorang daripada suspek memperkenalkan diri sebagai anggota polis tetapi gagal mengemukakan kad kuasa sebagai bukti dan hasil pemeriksaan lanjut, polis menemukan sebuah beg hitam yang mengandungi pelbagai barangan kelengkapan polis.

"Antaranya sepasang gari, kad pas polis berserta gambar dan nombor badan, lencana besi lambang polis dan rantai Polis Antarabangsa (Interpol). Ketiga-tiga suspek gagal memberikan keterangan yang munasabah berkenaan barangan ini," katanya, dalam kenyataan, hari ini.


Katanya, ketiga-tiga suspek berusia 18 hingga 31 tahun itu direman empat hari sehingga Jumaat ini untuk siasatan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan Seksyen 89 Akta Polis 1967 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara serta denda.


Dalam perkembangan lain, Wan Azlan berkata, seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan kerana disyaki memecah masuk ke dalam sebuah rumah di sekitar Subang Jaya, pada pagi Sabtu lalu, mengakibatkan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM5,800.

Katanya, suspek ditahan di belakang sebuah restoran di Jalan SS15/8a,Subang Jaya, pada jam 11.30 pagi semalam dan hasil penahanan, polis merampas beberapa barangan termasuk milik mangsa.

"Siasatan awal mendapati suspek memilik lapan rekod jenayah dan satu rekod dadah. Dia kini ditahan reman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri," katanya.– BERNAMA



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo