NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dasar tender terbuka boleh tingkat pendapatan negara dakwa Ahmad Maslan

Ahmad berkata, dasar itu antara pendekatan utama Kerajaan Perpaduan untuk meningkatkan pendapatan negara seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini. - Gambar fail


SHAH ALAM: Pelaksanaan dasar tender terbuka berupaya untuk mengurangkan kos kepada kerajaan dan meningkatkan pendapatan negara, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata dasar itu antara pendekatan utama Kerajaan Perpaduan untuk meningkatkan pendapatan negara seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
"Katalah kalau (tender) runding terus itu nilainya RM50 juta, tetapi kalau tender terbuka nilainya RM45 juta, maka di situ kerajaan boleh dapat RM5 juta.
"Bezanya (baki) itu adalah pendapatan kepada kerajaan. Jadi, itu contoh antara perkara yang sedang dilakukan.
"Secara tidak langsung, ia menambah pendapatan negara. Kalau runding terus, kebiasaannya ada peratusan tertentu yang lebih tinggi daripada tender terbuka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Belanjawan 2023 di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.
Katanya selain itu, memperkasakan penguatkuasaan untuk mengurangkan ketirisian dari segi penyeludupan minuman keras dan rokok serta melaksanakan kaedah membantu syarikat membayar cukai daripada mengejar mereka.
Ahmad berkata baru-baru ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan bahawa daripada 32 juta rakyat Malaysia, hanya tiga juta rakyat sahaja yang membayar cukai.
Katanya daripada satu juta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam negara, hanya 400,000 syarikat dan entiti perniagaan yang aktif membayar cukai dalam tempoh yang sama.
Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata dalam memastikan proses penyediaan Belanjawan 2023 lebih telus dan inklusif, kementeriannya mengalu-alukan penglibatan semua lapisan masyarakat.
Katanya rakyat boleh terus memberikan cadangan dan pandangan di laman khas bajet di www.mof.gov.my sehingga 10 Feb depan.
-- BERNAMA


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo