NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Binasat bina 275 kemudahan satelit di Kelantan, Pahang

Binasat Communications Bhd


KUALA LUMPUR: Binasat Communications Bhd memperoleh kontrak untuk membina 275 kemudahan satelit untuk pihak berkuasa tempatan di Kelantan dan Pahang bagi menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar satelit ke kawasan yang kurang mendapat liputan.

Penyedia kejuruteraan dan perkhidmatan rangkaian itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, di bawah kerjasama sulung itu, kumpulan akan terlebih dahulu membina sebanyak 225 dan 50 kemudahan satelit masing-masing untuk negeri Kelantan dan Pahang.

Menurutnya, kontrak itu akan membuka jalan bagi kumpulan untuk mengembangkan perkhidmatannya kepada pihak berkuasa tempatan lain dan perniagaan.

"Kumpulan menyasarkan pertumbuhan hasil kasar dua digit daripada bahagian perniagaan ini," katanya. 

Kerja pembinaan dijangka siap di Pahang sebelum akhir 2023 dan dalam tempoh separuh pertama 2024 bagi Kelantan, kata kenyataan itu.

Kumpulan itu bekerjasama dengan entiti milik kerajaan negeri, Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd dan Pahang Go Sdn Bhd untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar.

Ia memperoleh lesen penyedia perkhidmatan aplikasi pada 2022 yang membolehkannya melancarkan BinaNet Satellite Internet Service (BinaNet) yang disasarkan di kawasan yang kurang mendapat liputan.

Syarikat berkenaan akan membina perkhidmatan itu sementara kerajaan negeri akan menyediakan senarai tapak dan bekalan kuasa kepada kelengkapan terbabit.

Selain daripada janji niaga perniagaan kepada kerajaan ini, kumpulan itu juga akan meneroka peluang perniagaan-kepada-perniagaan dengan industri maritim dan minyak dan gas, kata kenyataan itu.

--BERNAMA



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo