NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Awal tahun: Bagaimana al-Quran meluruskan cara fikir

ALLAH S.W.T berfirman:

ŁˆَŲ¬َŲ¹َŁ„ْŁ†َŲ§ Ų§Ł„Ł„َّŁŠْŁ„َ ŁˆَŲ§Ł„Ł†َّŁ‡َŲ§Ų±َ Ų¢ŁŠَŲŖَŁŠْŁ†ِ ۖ ŁَŁ…َŲ­َŁˆْŁ†َŲ§ Ų¢ŁŠَŲ©َ Ų§Ł„Ł„َّŁŠْŁ„ِ ŁˆَŲ¬َŲ¹َŁ„ْŁ†َŲ§ Ų¢ŁŠَŲ©َ Ų§Ł„Ł†َّŁ‡َŲ§Ų±ِ Ł…ُŲØْŲµِŲ±َŲ©ً Ł„ِّŲŖَŲØْŲŖَŲŗُŁˆŲ§ ŁَŲ¶ْŁ„ًŲ§ Ł…ِّŁ† Ų±َّŲØِّŁƒُŁ…ْ ŁˆَŁ„ِŲŖَŲ¹ْŁ„َŁ…ُŁˆŲ§ Ų¹َŲÆَŲÆَ Ų§Ł„Ų³ِّŁ†ِŁŠŁ†َ ŁˆَŲ§Ł„ْŲ­ِŲ³َŲ§ŲØَ ۚ ŁˆَŁƒُŁ„َّ Ų“َŁŠْŲ”ٍ ŁَŲµَّŁ„ْŁ†َŲ§Ł‡ُ ŲŖَŁْŲµِŁŠŁ„ً

“Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.”

(al-Israk: 12)

Sejarah kalendar Masihi

Dalam sejarah, kalendar Masihi yang digunakan pada hari ini mempunyai beberapa perubahan. Ia bermula dengan Kalendar Rom. Kemudian Kalendar Julian, dan seterusnya Kalendar Gregorian. 

Kiraan Kalendar Rom dikatakan diambil dari Greek. Musim sejuk tak dimasukkan dalam kalendar. Menjadikan kalendar itu hanya 10 bulan sahaja. 2 bulan musim sejuk tak masuk dalam kalendar.

Kemudian, pada zaman Julius, beliau menambah menjadi 12 bulan. Hasil saranan pakar astronomi Mesir. Iaitu kiraan berdasarkan pusingan bumi mengelilingi matahari sebanyak 365 hari.

Namun, pada zaman Pope Gregious XII, musim bunga yang dijangka pada tahun itu, terlajak 3 bulan. Menyebabkan beliau update kalendar itu. Sejak 1582 Masihi, inilah yang digunakan sehingga kini.

Kalendar Hijri

Kalendar Hijri mula dicetuskan pada zaman Saidina Umar al Khattab R.A. Perbincangan di kalangan para Sahabat R.A ketika itu merujuk kepada al-Quran dan Hadis.

Cumanya, nama-nama bulan Muharram sehinggalah Zulhijjah semenangnya diguna-pakai oleh masyarakat Arab sejak sekian lama. Ia merujuk kepada ketetapan-ketetapan mereka.

Contoh Muharram merujuk kepada bulan yang diharamkan (dilarang) daripada pertumpahan darah. Safar bermaksud ‘kosong’ iaitu satu tempoh, masyarakat Arab akan mengosongkan rumah mereka, keluar mencari bekalan.

Begitulah bulan-bulan seterusnya. Nama-nama ini diteruskan pada zaman Nabi S.A.W. Cumanya, Baginda S.A.W ada memberi panduan-panduan kiraan tarikh.

Antaranya Firman Allah S.W.T:

Ų„ِŁ†َّ Ų¹ِŲÆَّŲ©َ Ų§Ł„Ų“ُّŁ‡ُŁˆŲ±ِ Ų¹ِŁ†ŲÆَ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų§Ų«ْŁ†َŲ§ Ų¹َŲ“َŲ±َ Ų“َŁ‡ْŲ±ًŲ§ ŁِŁŠ ŁƒِŲŖَŲ§ŲØِ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŁŠَŁˆْŁ…َ Ų®َŁ„َŁ‚َ Ų§Ł„Ų³َّŁ…َŲ§ŁˆَŲ§ŲŖِ ŁˆَŲ§Ł„ْŲ£َŲ±ْŲ¶َ Ł…ِŁ†ْŁ‡َŲ§ Ų£َŲ±ْŲØَŲ¹َŲ©ٌ Ų­ُŲ±ُŁ…ٌ

“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.”

(at-Taubah: 36)

Selain itu Nabi S.A.W bersabda;

Ų„Ł†Ų§ Ų£Ł…Ų© Ų£Ł…ŁŠŲ© Ł„Ų§ Ł†ŁƒŲŖŲØ ŁˆŁ„Ų§ Ł†Ų­Ų³ŲØ . Ų§Ł„Ų“Ł‡Ų± Ł‡ŁƒŲ°Ų§ ŁˆŁ‡ŁƒŲ°Ų§ . ŁŠŲ¹Ł†Ł‰ Ł…Ų±Ų© ŲŖŲ³Ų¹Ų© ŁˆŲ¹Ų“Ų±ŁŠŁ† ŁˆŁ…Ų±Ų© Ų«Ł„Ų§Ų«ŁŠŁ†

“Sesungguhnya umatku adalah umat yang ummiy, tidak pandai menulis dan mengira, bulan itu begini dan begini (bermaksud sekali 29 dan sekali 30).”

(Shahih Bukhari)

Ringkasnya, perbincangan yang dianjurkan pada zaman Saidina Umar R.A melahirkan satu keputusan. Iaitu Kalendar Hijri ditetapkan berdasarkan Hijrah Nabi S.A.W ke Madinah, mengandungi 29 atau 30 hari, dan mempunyai 12 bulan.

Perbincangan

Perbezaan kedua-dua kalendar ini ialah Kalendar Hijri dikira berdasarkan bulan, dan mengikut panduan wahyu. Manakala Kalendar Masihi berdasarkan matahari. Ia bermula dengan kajian manusia terhadap alam semesta (astronomi).

Kiraan mengikut bulan lebih mudah kerana bulan boleh dilihat pada malam hari. Kiraannya boleh dianggarkan dengan bentuk bulan. Seperti purnama, separa dan sabit.

Bulan sabit yang paling halus menandakan masuknya bulan baru. Atau dipanggil anak bulan. Manakala bulan purnama pula biasanya pertengahan bulan.

Ibaratnya Allah S.W.T menyediakan kalendar besar di atas langit, yang boleh ditonton oleh sesiapa sahaja. Berbeza dengan matahari, yang tak boleh dilihat dengan mata biasa. Silau kut.

Walau bagaimanapun, tidaklah haram untuk menggunakan kalendar Masihi. Bahkan, di dalam al-Quran sendiri mensarankan manusia yang berakal, untuk kaji langit.

Cumanya, kiraan manusia daripada Kalendar Rom, Julian dan Gregorian menggambarkan bahawa kajian manusia semata-mata tidak terlepas daripada kesilapan. Biasalah.

Ideologi yang mendewakan objek langit

Banyak ayat al-Quran menceritakan mengenai bulan dan matahari. Kedua-duanya terkait dengan kiraan untuk menentukan kalendar. Ia menjadi sebahagian bukti kekuasaan Allah S.W.T.

Bahkan, setiap hari matahari terbit dan muncul pula bulan, pada waktu yang seragam. Keseragaman ini memudahkan manusia untuk menyusun atur jadual, dan perancangan hidup.

Keterangan ini lebih meluruskan minda kita, berbanding kepercayaan masyarakat terdahulu yang mendewakan objek langit. Contohnya kaum Nabi Ibrahim A.S yang berfahaman sabaisme, yang mendewakan objek langit.

Begitu juga fahaman seperti polytheisme yang menganggap bahawa tuhan tu berbilang bilang. Fahaman seperti inilah yang menyongsangkan pemikiran manusia daripada mengenali Tuhan yang sebenar.

Sebab itulah, panduan wahyu meluruskan cara manusia berfikir. Iaitu supaya manusia berfikir dengan betul, selaras dengan akal yang dikurniakan olehNya.

MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo