NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Arab Saudi lantik 34 wanita sertai barisan kepimpinan di dua masjid suci



ANKARA, 23 Jan (Bernama) -- Arab Saudi melantik 34 wanita untuk memegang jawatan dalam barisan kepimpinan di dua masjid suci di Mekah dan Madinah, lapor Anadolu.

Dalam satu kenyataan, Presiden Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid berkata pelantikan itu bertujuan untuk membangunkan lagi perkhidmatan yang disediakan buat pelawat yang mengunjungi masjid berkenaan.

"Ia sebahagian daripada perubahan kualitatif yang sedang dilaksana oleh kerajaan untuk kaum wanita Arab Saudi yang mempunyai kelayakan…,” menurut kenyataan itu.

Pada Ogos 2021, Arab Saudi melantik dua wanita sebagai pembantu kepada ketua Presiden Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci.

Awal bulan ini, Arab Saudi mengumumkan pelantikan 32 wanita sebagai pemandu di bawah Program Pemimpin Kereta Api Ekspres Haramain.

Negara yang kaya dengan minyak itu telah mengambil beberapa langkah untuk memperkasakan wanita sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuk membenarkan wanita memandu dan mendaftar dalam perkhidmatan tentera.

-- BERNAMA



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo