NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

9 maut dalam rempuhan ketika sambutan Tahun Baharu di Uganda

Pertunjukan bunga api sempena sambutan Tahun Baharu di Kampala, Uganda bertujar tragedi selepas sembilan orang maut dalam rempuhan yang berlaku. - Foto AFP


KAMPALA: Sekurang-kurangnya sembilan maut dan beberapa orang cedera dalam kemalangan di pusat beli-belah ketika sambutan Tahun Baharu di ibu negara Uganda, hari ini.

Jurucakap polis Kampala, Luke Owoyesigyire, berkata rempuhan itu berlaku selepas pertunjukan bunga api di luar pusat beli-belah Freedom City di Kampala, yang menyebabkan lima mangsa maut.

"Pasukan kecemasan tiba di tempat kejadian dan membawa individu yang cedera ke hospital, sebelum mengesahkan jumlah keseluruhan korban meningkat kepada sembilan orang.

Owoyesigyire berkata, antara yang maut ialah golongan remaja, namun polis tidak memberikan butiran lanjut berhubung usia mereka.

Beliau tidak menolak kemungkinan tindakan berbahaya dan kecuaian membawa kepada tragedi itu.

Sambutan ambang tahun baharu 2023 adalah yang pertama di negara Afrika timur itu dalam tempoh tiga tahun, selepas sekatan yang dikenakan berikutan pandemik COVID-19 dan isu keselamatan. - AFP



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo