NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wan Saiful bidas MP kerajaan suka melolong dalam Dewan Rakyat


Sikap Ahli Parlimen (MP) kerajaan yang suka menjerit-jerit tidak tentu hala semasa sidang Dewan Rakyat dibidas Perikatan Nasional (PN), kata Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor (PN) itu menyifatkan kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) sebagai tidak terbuka dalam menerima kritikan, malah menggunakan kuasa mereka untuk menutup mulut pengkritik.

“Tetapi sikap beberapa ahli parlimen PH menyebabkan saya bimbang apa yang akan berlaku kepada politik Malaysia pada masa depan.

“Dalam Dewan (Rakyat), mereka menjerit-jerit menghalang perbahasan, di luar Dewan mereka menyaman kiri dan kanan untuk menghalang kritikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Saiful berkata Dewan Rakyat sepatutnya menjadi tempat dasar digubal, serta cadangan kerajaan dibahas secara rasional dan matang.

Kenyataan Wan Saiful itu merujuk kepada hari pertama persidangan Dewan Rakyat pada 19 Dis lalu yang menyaksikan pertengkaran membabitkan blok kerajaan dan pembangkang.

Semasa sidang Dewan Rakyat tersebut, MP PH (Hulu Langat) Sany Hamzan bertindak menjerit-jerit dengan mengeluarkan kata-kata ‘beruk’ terhadap pihak lawan sehingga menimbulkan ketegangan dalam dewan.

Kata Wan Saiful dia yakin generasi baru di negara ini secara umumnya mahukan politik yang lebih matang dan sihat.

“Cukuplah. Marilah kita jadikan Dewan Rakyat sebagai dewan yang benar-benar mulia. Kita berbahas secara mulia.

“Bawa idea secara mulia. Kritik lawan pun biarlah secara mulia,” katanya lagi.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo