NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Prego Sos Pasta Carbonara Cendawan Ditarik Dari Pasaran – KKM


KUALA LUMPUR,
24 Disember 2022 – Sos pasta berkrim carbonara cendawan keluaran Prego keluaran Malaysia telah ditarik semula penjualannya di pasaran.

Produk yang terlibat dalam penarikan balik adalah Prego Sos Pasta Berkrim Carbonara Cendawan (665 gram) dengan nombor batch 2022081716 bertarikh luput 17 Ogos 2023 dan kod masa 22:18 hingga 23:20.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan, pihak mereka mengambil maklum isu penarikan sos pasta tersebut kerana terdapat tanda-tanda kerosakan seperti bau yang tidak menyenangkan, warna berubah, rupa berair dan lapisan cecair yang terpisah.

“KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan turut menerima notifikasi dari syarikat Campbell Cheong Chan (M) Sdn. Bhd. yang mengesahkan produk tersebut turut dijual di Malaysia.”

“Pihak syarikat telah mengenalpasti punca kerosakan produk tersebut disebabkan kesilapan semasa pemprosesan dan sedang dalam proses penarikan balik produk terlibat di pasaran secara sukarela,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Demi keselamatan dan kesihatan para pengguna, peniaga disarankan agar menghentikan penjualan produk tersebut dengan serta-merta. Manakala pengguna yang telah membeli dinasihatkan untuk tidak memakannya dan bagi yang telah mengambilnya disarankan supaya berjumpa pegawai perubatan sekiranya berasa tidak sihat atau mengalami gejala keracunan makanan.

Orang ramai disarankan untuk mengamalkan ‘Lihat, Hidu dan Rasa bagi mencegah kejadian yang melibatkan keracunan makanan.

“KKM sentiasa peka dan prihatin ke atas perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna maka, sebarang maklumat atau kemusykilan berhubung isu ini, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau layari laman web http://moh.spab.gov.my/ atau laman facebook rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di http://www.facebook.com/bkkmhq



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo