NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Umum keluar parti, 4 Ahli Parlimen BERSATU Sabah perlu kosongkan kerusi' - Wan Junaidi

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar 

PETALING JAYA: Empat Ahli Parlimen BERSATU Sabah yang mengumumkan keluar parti itu, mesti mengosongkan kerusi masing-masing, jika peletakan jawatan mereka diterima.

Mereka terdiri daripada Armizan Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang).

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), yang terbabit dalam penggubalan undang-undang anti-lompat parti, Datuk Seri Dr Junaidi Tuanku Jaafar, menegaskan pilihan raya kecil (PRK) perlu diadakan di semua kawasan Parlimen terbabit.

Beliau berkata, tidak penting sama ada empat Ahli Parlimen itu bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) atau mewakili mana-mana gabungan lain, kerana ia hanya relevan sama ada mereka meninggalkan parti mereka.

Beliau juga menolak cadangan bahawa BERSATU Sabah adalah entiti berasingan daripada BERSATU Persekutuan kerana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan tidak akan membenarkan permohonan sedemikian.

"Saya merangka undang-undang itu untuk melarang perkara seperti ini berlaku dan untuk mewujudkan kestabilan politik dalam negara," katanya seperti dilaporkan oleh portal FMT.

Kelmarin, pemimpin BERSATU Sabah mengumumkan mereka meninggalkan parti itu dan akan menubuhkan parti tempatan baharu.

Wan Junaidi berkata, peletakan jawatan empat Ahli Parlimen itu perlu diterima secara rasmi Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, untuk mengesahkan mereka telah keluar parti.

"Jika ya, mereka perlu mengosongkan kerusi dan pilihan raya kecil perlu diadakan."

Mengikut undang-undang anti-lompat parti, yang dibuat melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan, Ahli Parlimen akan kehilangan kerusi jika mereka melompat ke parti lain.

Pengecualian untuk Ahli Parlimen yang dipecat parti atau jika parti mereka dibubarkan atau dibatalkan pendaftaran.

Wan Junaidi berkata, mengikut prosedur, Ahli Parlimen akan memaklumkan Speaker Dewan Rakyat berlaku kekosongan dan selepas pengesahan, beliau akan memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya kerusi itu diisi dalam masa 60 hari.

"Apabila speaker mengesahkan fakta bahawa peletakan jawatan Ahli Parlimen itu diterima parti, mereka akan kehilangan kerusi mereka.

"Saya tidak pasti sama ada mahkamah akan mentafsirkannya dengan cara lain kerana ia jelas termaktub dalam undang-undang," katanya.

- BH
( Hide )
  1. Ingat sedap ke nk keluar mana2 parti secara bebas sbb nk join dgn parti lain. Kena ikut peraturan la, letak jawatan dulu, kosongkan jawtan yg akan diisi olh org lain. kena buat pilihan raya, kalau nk bertanding lg masuk calon semula itu pun jika dipilih.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo